Google
Internasional

Pogram Advokasi Keselamatan Jalan Raya

146
×

Pogram Advokasi Keselamatan Jalan Raya

Sebarkan artikel ini

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PDRM) telah mengadakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Motosikal dan POBC (Perception of Being Caught) di Persiaran Kuala Selangor berhampiran Taman Bukit Saga, Seksyen 26 dengan kekuatan anggota seramai 15 anggota.(13 Mei 2022)

Sebanyak 40 buah motorsikal telah diperiksa dan diberikan amaran dan advokasi keselamatan jalan raya di atas kesalahan melawan arus serta tidak memakai topi keledar keselamatan bersama kesalahan teknikal yang lain.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang undang jalan raya semasa menunggang dan membonceng motosikal secara berhemah dan berhati-hati ke destinasi yang dituju.

“Pandu Cermat dan Sampai Selamat, Anda Mampu Mengubahnya”

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.